Objektif
- Mengenalpasti ciri-ciri komunikasi dan kemahiran berkomunikasi
- Memahami kepentingan penggunaan bahasa tubuh dalam komunikasi
- Menunjukkan kemahiran berkomunikasi secara profesional dalam lisan dan penulisan
Terdapat pelbagai tafsiran dan aidaian mengenai definisi dan interpretasi kepada aktiviti komunikasi. Secara ringkasnya. komunikasi ialah proses pertukaran maklumat melalui pemahaman yang sama diantara dua atau lebih pihak yang terlibat. Berdasarkan definisi ringkas tersebut, dapatlah dirangkumkan bahawa komunikasi adalah proses penyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada pihak lain melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak. Pada umumnya, aktiviti komunikasi dilakukan dengan secara lisan yang dapat difahami oleh penyampai juga penerima maklumat. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami, proses komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan bahasa tubuh misalnya tersenyum, menggeleng kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat.
Manusia berkomunikasi untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman. Bentuk umum komunikasi manusia termasuk bahasa tubuh, bicara, tulisan, gesture dam broadcasting dan ia boleh dibahagikan kepada komunikasi interaktif, transaktif, bertujuan atau tak bertujuan. Melalui komunikasi, sikap dan perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat difahamo oleh pihak lain akan tetapi, komunikasi hanya akan efektif apabila maklumat dan idea yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan dan difahami seperti mana yang ingin disampaikan oleh penyampai maklumat oleh penerima maklumat tersebut.
Menurut French (1993) komunikasi merupakan proses minda yang berlaku dalam usaha mewujudkan kondisi dan situasi saling memahami terhadap meklumat dan idea yang disampaikan. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila mesej yang hendak disampaikan kepada penerima itu berjaya disampaikan dan difahami sepertimana yang dikehendaki. Oleh yang demikian, prestasi dan kualiti kehidupan seharian kita ditentukan melalui kualiti kemahiran kita berkomunikasi.
