Pengurusan
maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks pembangunan diri
merentas pelbagai dimensi yang bermula dengan dimensi diri, dimensi keluarga
dan dimensi masyarakat. Pelajar didedahkan dengan pemikiran tentang maklumat
dan penyaringan maklumat yang benar sehingga mampu dihayati menjadi ilmu yang
berguna untuk diri. Dengan itu dikembangkan kepada keluarga dan seterusnya
kepada masyarakat. Dalam proses tersebut berlaku tindak balas dan cabaran yang
membentuk ketajaman fikiran pelajar untuk menganalisis masalah dan membentuk
keyakinan diri membangunkan potensi diri sendiri serta orang sekeliling.
Proses
pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tapi juga mengajar dan
berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang
selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh menyerlah sebagai seorang
yang berilmu dan khususnya dalam profresion yang diceburi. Oleh yang demikian
maklumat yang ada dikembangkan sehingga mampu bertindak menghasilkan pelbagai
produk yang berguna untuk dimanfaatkan oleh diri dan orang lain.
- Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran;
- Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah
secara sendiri; dan
- Mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.
- Mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran.
- Mampu meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah
secara sendiri.
- Mampu mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.
- Membantu individu merancang strategi untuk mendapatkan
pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya mereka.
- Kemahiran pengurusan maklumat amat penting untuk menguasai
pelbagai kemahiran terkini.
- Pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam
memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran,
memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja
dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap.
- Mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran
berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu
menguasai ilmu, menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup
supaya individu itu berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin
serta kreatif.
Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah
data, bahan dan pengetahuan. Maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu
struktur yang mempunyai makna.
Ciri-ciri maklumat ialah:
- Relevan
- Boleh dipercayai
- Boleh difahami
- Lengkap
- Tepat pada masanya
- dan Membantu mengurangkan ketidakfahaman
Contoh organisasi yang menguruskan maklumat
ialah perpustakaan, arkib, muzium, galeri seni dan internet.
Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh proses
mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam
berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita. Proses mengumpul maklumat ini
akan berterusan sepanjang hayat, sejak lahir sehingga akhir hayat.
Literasi dari sudut bahasa bermaksud celik
atau berpengetahuan. Dari segi istilah, literasi maklumat adalah keupayaan
mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang
hayat. Pelajar yang celik maklumat bukan seharusnya bukan sekadar mampu
mengakses sumber maklumat secara kritis dan menggunakan maklumat tersebut
dengan tepat dan kreatif. Individu yang celik maklumat ini adalah mereka yang
tahu bagaimana berpengetahuan dicari, disusun, dan bagaimana maklumat itu digunakan
untuk menyelesaikan permasalahan serta cara mempersembahkan maklumat agar orang
lain dapat memahaminya.
Secara umum, data didefinasikan sebagai
fakta dan nombor kasar yang belum diproses, maklumat sebagai data yang
diproses, manakala pengetahuan ialah maklumat yang disahkan.
Literasi maklumat adalah satu "set
kemahiran" yang boleh dipelajari. Set kemahiran itu termasuk sikap
tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri; penggunaan alatan,seperti tutorial
dalam talian; penggunaan teknik, seperti bekerja dengan kumpulan; dan
penggunaan kaedah seperti pengantungan kepada para mentor; pembimbing dan
omsbudman.
Rajah di bawah menunjukkan konsep literasi
maklumat yang melibatkan beberapa kemahiran dalam menguruskan maklumat.
Proses pembelajaran manusia bermula melalui
persekitaran keluarga. Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu
pengetahuan untuk peribadi atau profesion yang dilakukan sepanjang masa,
sukarela, dan atas motivasi sendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia
melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan
individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat
dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam
berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala
cabaran hidup. Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan dalam peringkat
kehidupan maka keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis maklumat,
ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. PSH selari dengan
kehendak sosial dan ekonomi sezaman yang memaksa individu menjadi aktif untuk
kebaikan diri sendiri. PSH adalah proses sepanjang hayat yang terdiri daripada
latihan, pembangunan diri dan pembelajaran.
PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep dan
konteks berikut iaitu :
- Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di
rumah.
- Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan
kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
- Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di
institusi pengajian tinggi.
- Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau tidak
formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalu bengkel
atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
- Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal
berasakan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber
dalam talian.
Kemahiran
pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkait
antara satu sama lain. Kebolehan individu menggarap pengetahuan dari masa ke
semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan teknik komunikasi
yang mudah dan mampu menganalisi segala maklumat yang datang, serta
berkebolehan mencerakinkan pada tempatnya yang wajar membuktikan potensi
sebagai insan kian terserlah. Insan sebagai khalifah ALLAH SWT sebenar
menggunakan maklumat bukan untuk dicemarkan hubungan sesama manusia dan
melakukan fitnah serta mengaibkan manusia, tetapi sebaliknya mengharmonikan
suasana dan menjelaskan realiti kebenaran sebagai seorang insan yang bermaruah
dan bertanggungjawab untuk mewujudkan kebaikan dan kesejahteraan bersama di
dunia dan selanjutnya di akhirat.










