Artikel Persembahan Powerpoint Movie e-Book
Artikel Persembahan Powerpoint Movie e-Book
Artikel Persembahan Powerpoint Movie e-Book
Artikel Persembahan Powerpoint Movie e-Book

Tuesday, 25 December 2012

Bab 3 - Artikel



 Kerja Berpasukan
Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:

CIRI-CIRI
PASUKAN KERJA
Ketua
Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan
Membuat keputusan
Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai
Matlamat
Matlamat ditentukan oleh pasukan
Penentuan kerja
Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama
Komunikasi
Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus
Kerjasama
Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain
Hasil kerja
Hasil kerja berpasukan
Penilaian
Prestasi di nilai secara kolektif












Jadual Ciri-ciri Sebuah Pasukan

Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
  1. Matlamat sama
  2. Tanggungjawab bersama
  3. Saling percaya mempercayai
  4. Berkongsi idea
  5. Saling bantu membantu
  6. Bertolak ansur
  7. Musyawarah
  8. Kerjasama
Sering kali wujud kekeliruan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu dipastikan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:
“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakan”
Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai “bukan daripada kita“.

Apa itu pasukan berpretasi tinggi?

Sesebuah pasukan dikatakan berprestasi tinggi apabila dapat memberi kepuasan kepada pelanggan, pekerja, pelabur serta pihak lain yang berkepentingan dalam organisasi. Pasukan ini sentiasa menekankan aspek penambahbaikan yang berterusan dalam perancangan dan pengurusan aktivitinya serta kerap menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Pasukan berprestasi tinggi lebih sedia membangunkan potensi, mengemas kini kepakaran, dan menjadikan kekuatan kognitif serta emosi sebagai penggerak dalam memastikan kecermelangan pasukan.
Oleh itu, faktor2 yang mempengaruhi prestasi sesebuah pasukan perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi meransang penglibatan sepenuhnya oleh anggota pasukan. Prestasi pasukan ditentukan oleh 3 faktor iaitu:
  1. Kemampuan pekerja
  2. Persekitaran kerja
  3. Motivasi pekerja
Terdapat 6 elemen yang membentuk sesebuah pasukan kerja berprestasi tinggi yang mana terdiri daripada:
  1. Kopetensi anggota pasukan
  2. Kemahiran, proses dan cara kerja
  3. Kemahiran interpersonal, komunikasi dan kelebihan personaliti
  4. Sistem nilai
  5. Visi, matlamat dan hala tuju yang sama
  6. Nilai organisasi
Disamping itu kejelasan mengenai peranan, kuasa dan tanggungjawab setiap anggota pasukan turut mempengaruhi prestasi pasukan kerja. Dalam hal ini, setiap anggota dalam pasukan kerja perlu memahami dengan jelas kepercayaan, nilai serta norma yang menjadi pegangan mereka. Apabila mereka mengatahui tugas masing2 dengan sebaiknya serta etika kerja yang menjadi panduan bersama dapat memenuhi sasaran matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi yang boleh menguntungkan organisasi.

Melihat kepada faktor2 disenaraikan, jelas menunjukkan bahawa keberkesanan, prestasi dan pencapaian sesebuah pasukan di pengaruhi oleh hubung kait antara faktor di peringkat organisasi, pasukan dan individu (anggota). Kekurangan dan kelemahan salah satu faktor akan menyebabkan pasukan kerja gagal berfungsi dengan berkesan dan situasi ini boleh menjejaskan matlamat pasukan yang ingin dicapai.

Usaha ke arah merealisasikan matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi juga memerlukan jalinan kerjasama yang erat dan komunikasi berkesan antara pihak pengurusan organisasi dengan pasukan serta antara sesama anggota pasukan. Pengembelingan usaha dalam kalangan anggota pasukan penting untuk memastikan pasukan mencapai matlamatnya. Oleh itu, penekanan terhadap konsep C-O-Q-P Driven adalah penting agar pasukan mencapai tahap kematangan yang berjaya melalui 3 tahap kritikal iaitu:
  • Kelansungan (survive)
  • Perkembangan (growth)
  • Kejayaan (excell)
Pendekatan bersepadu ini mengkehendaki pasukan memberi tumpuan kepada tututan pelanggan luaran dan pelanggan dalaman (stakeholder dan majikan), memenuhi objective asal penubuhannya, menepati kualiti dan mencapai produktiviti dalam penghasilan produk atau perkhidmatan.


rujukan : http://hairilhazlan.com/2010/apa-itu-kerja-berpasukan/