Artikel Persembahan Powerpoint Movie e-Book
Artikel Persembahan Powerpoint Movie e-Book
Artikel Persembahan Powerpoint Movie e-Book
Artikel Persembahan Powerpoint Movie e-Book

Bab 3 : Kepimpinan & Kerja Berpasukan

Objektif :
  1. Memberi kefahaman mengenai konsep dan faktor kepimpinan
  2. Menjelaskan fungsi utama kepimpinan dan kemahirna yang diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan.
  3. Membolehkan pelajar menganalisis prinsip-prinsip kepimpinan berdasarkan kes rujukan.
  4. Membolehkan pelajar mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam menangani masalah.
  5. Menjelaskan konsep kerja berpasukan.
  6. Membolehkan pelajar mengenalpasti kekuatan dan kelebihan kerja berpasukan.
  7. Menjelaskan ciri kerja berpasukan yang berjaya


Kepimpinan merupakan satu tajuk yang sangat popular. Sarjana dari berlainan bidang mengkaji dan memperdebatkan berbagai-bagai aspek kepimpinan. Mereka ingin mengetahui apa dan bagaimanakah yang menjadikan seseorang itu pemimpin berkesan. Masyarat awam juga tertarik dengan pemimpin dan apa yang mereka lakukan kerana kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi sering dikaitkan dengan pemimpinnya. Organisasi pula mencari pekerja yang memiliki ciri-ciri kepimpinan bagi kelangsungan organisasi masing-masing. Sehubungan itu wajarlah pelajar universiti didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan supaya meraka mempunyai nilai tambah dalam persaingan mendapatkan pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri.